Isnin, 7 Februari 2011

Laporan Hafazan : Januari 2011

LAPORAN HAFAZAN AL-QURAN TINGKATAN SATU BULAN JANUARI 2011

TAHAP HAFAZAN AL-QURAN

Tahap Pelajar
A
B
C
Jum. Keseluruhan

Jumlah Pelajar
127
30
20

177


Tahap A            : Pelajar menghafaz purata 6 - 7 m/s atau lebih seminggu. M/s 7 dan  ke atas bagi  setiap pelajar.
Tahap B            : Pelajar menghafaz purata 5 - 6 m/s seminggu. M/s 5 - 6 bagi setiap pelajar.
Tahap C            : Pelajar menghafaz purata 1 - 4 m/s seminggu. M/s 4 dan ke bawah bagi setiap pelajar. 













Carta pai di atas menunjukkan bilangan pelajar yang mencapai target seperti yang ditetapkan sepanjang Januari ini (tahap A) seramai 127 orang. 30 orang pelajar yang lain mendapat B, manakala selebihnya berada di tahap C. Graf normal ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar kita sebenarnya berupaya dan mampu untuk memaksimumkan usaha mereka dalam mengejar impian masing-masing.

Di sepanjang bulan Januari ini juga, MRSM Kepala Batas (Ulul Albab) juga telah melahirkan seorang hafizah yang berjaya menghafal sehingga ke 36 m/s pertama al-Quran dalam masa hanya 2 minggu!. Sedikit penghargaan diberikan kepada beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Maryam Mardhiyah Bt Mohd Kamal.

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur