Selasa, 24 Januari 2012

Selamat Datang Adik-Adiku

"Selamat datang adik-adikku..."
"Adik sapa nama ??"


Mungkin inilah ucapan yang bakal dilontarkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 kepada pelajar baru MRSM Kepala Batas Ulul Albab yang bakal mendaftar pada esok hari. Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran pelajar baru antara yang amat dinantikan bagi warga maktab. Bukan sahaja pelajar-pelajar yang sudah membayangkan mesra dan manja adik baru, malahan guru-guru juga sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan anakanda-anakanda yang bakal menjadi sebahagian daripada warga kami.


Esok, tanggal 25 Januari 2012, MRSM Kepala Batas Ulul Albab akan menerima pelajar-pelajar baru tingkatan 1 yang akan turut serta memeriahkan perjalanan program Ulul Albab di maktab ini. Kami di pihak maktab amat mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga. Keprihatinan ibu bapa dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak maktab tidak akan disia-siakan. Sama-samalah kita doakan agar anak-anak Ulul Albab ini sentiasa dilimpahkan rahmat Allah dalam segenap aspek perjuangan mereka yang diceburi.


Salam mesra,


Prog. Ulul Albab,
MRSM Kepala Batas 2012.

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur