"Selamat datang adik-adikku..."
"Adik sapa nama ??"
Mungkin inilah ucapan yang bakal dilontarkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 kepada pelajar baru MRSM Kepala Batas Ulul Albab yang bakal mendaftar pada esok hari. Memang tidak dapat dinafikan, kehadiran pelajar baru antara yang amat dinantikan bagi warga maktab. Bukan sahaja pelajar-pelajar yang sudah membayangkan mesra dan manja adik baru, malahan guru-guru juga sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan anakanda-anakanda yang bakal menjadi sebahagian daripada warga kami.
Esok, tanggal 25 Januari 2012, MRSM Kepala Batas Ulul Albab akan menerima pelajar-pelajar baru tingkatan 1 yang akan turut serta memeriahkan perjalanan program Ulul Albab di maktab ini. Kami di pihak maktab amat mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga. Keprihatinan ibu bapa dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak maktab tidak akan disia-siakan. Sama-samalah kita doakan agar anak-anak Ulul Albab ini sentiasa dilimpahkan rahmat Allah dalam segenap aspek perjuangan mereka yang diceburi.
Salam mesra,
Prog. Ulul Albab,
MRSM Kepala Batas 2012.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Video semasa
Jadual Harian Kami
4.30 a.m : Bangun pagi
5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail
6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah
6.45 a.m : Sarapan pagi
7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB
7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’
8.50 a.m : Kelas akademik
12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB
1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari
2.30 p.m : Murajaah Saba’
3.15 p.m : Sambungan kelas akademik
4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah
6.30 p.m : Makan Malam
7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri
9.00 p.m : Solat Isyak
9.15 p.m : Kelas persediaan malam
10.30 p.m : Minum malam
11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur
Salam, Terima kasih warga MRSM Ulul Albab. Kami yang menghantar anak2 mendaftar minggu lepas memang tersentuh dengan sambutan serta layanan yang diterima pada hari pendaftaran. Memang ada anak2 ini yang bertanya seperti yang dinukilkan di atas dan saya rasa bersyukur kerana anak saya telah menjadi sebahagian keluarga besar ini. Alhamdulilah dan syabas untuk semua.
BalasPadamTerima atas aluan kedatangan .....kami sebagai ibu bapa menyerah semuanya pada Allah Taala agar pihak MRSM dapat mendidik ank kami sebaik mungkin kejalan yang diredoiNYa Insyaallah. Insyaallah kami akan sebaya upaya akan memberi komiten sebaik mungkin.
BalasPadamSalam tahniah buat anak-anak yang berjaya. Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya demi kecemerlangan dunia akhirat.... Apakan daya bukan rezeki anak saya.
BalasPadamSalam tahniah buat anak-anak yg berjaya. Gunakanlah peluang ini dgn sebaik mungkin demi kecemerlangan dunia akhirat.. Apakan daya bukan rezeki anak saya...
BalasPadamAssalamua'alaikum wm wb.
BalasPadamTerima kasih kerana menerbit dan menyelenggarakan laman blog ini. Ianya amat bermanfa'at.
Alhamdulillah anak saya mendapat tawaran untuk ambilan kedua dan InshaAllah akan mendaftar pada 8hb Feb, 2012. Mohon diberi tips/panduan supaya "tidak terketinggalan" jauh daripada mereka yang mendafter pada 25hb Januari. T.kasih & Wassalam