Program Ulul Albab ialah satu program pendidikan gabungan antara program pendidikan
MRSM sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Qurandan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi Ulul Albab. Program ini diharapkan akan dapat
melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Program Ulul Albab merupakan satu program baru yang dilaksanakan semenjak awal tahun 2009 di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu. Seramai 180 orang pelajar telah terpilih selepas melalui proses temuduga bagi mengikuti program ini pada pengambilan pertama yang lalu. Hasil daripada kejayaan di MRSM kota Putra, pada tahun 2010 satu lagi MRSM Ulul Albab telah dibuka di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan, dengan pengambilan pertama seramai 180 orang pelajar.
Bagi memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan masa kini dan akan datang, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) perlu mengorak langkah dengan meluaskan program Ulul Albab ke MRSM Kepala Batas agar MARA dapat melahirkan modal insan yang pintar soleh dan serba boleh iaitu yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dengan mewujudkan program Ulul Albab di MRSM Kepala Batas, ini bermakna MARA telah menyediakan program Ulul Albab pada tiga zon di Malaysia iaitu MRSM Kota Putra mewakili Zon Timur, MRSM Gemencheh mewakili Zon Selatan dan MRSM Kepala Batas mewakili Zon Utara.
Matlamat
(1) Quranik
Menghafaz 30 Juzuk Al-Quran serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan seperti jadual berikut:
- 7.40-9.00 pagi - Kelas Formal
- 2.00-2.40 petang - Kelas Formal
- 8.00-9.00 malam - Kelas Informal
- 6.00-7.00 pagi - Kelas Informal
Sasaran hafazan ialah 30 Juzuk Al-Quran selama 3 tahun.
(2) Ensiklopedik
Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
- Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
- Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
- Kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB)
(3) Ijtihadik
- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
- Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
- Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.