Khamis, 20 Januari 2011

Pendahuluan

Assalamualaikum wbth,


Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pelancaran Program Ulul Albab di MRSM Kepala Batas yang telah bermula pada 10 Januari 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri Y.A.B Tun Abdullah b. Ahmad Badawi.









Pak Lah dalam ucapan perasmiannya telah melahirkan rasa kesyukuran dan keseronokan yang tidak terhingga kerana Program Ulul Albab ini akhirnya dapat dilaksanakan di tanah kelahiran beliau. Dengan itu, MRSM Kepala Batas bakal bergelar MRSM ULUL ALBAB yang mana merupakan MRSM ke-3 melaksanakan Program Ulul Albab selepas MRSM Kota Putra, Terengganu dan MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pak Lah juga menyatakan harapan beliau untuk melihat anak bangsa berjaya dalam segenap aspek kehidupan sama ada kejayaan di dunia mahupun kejayaan di akhirat.

Hadir bersama Pengerusi MARA, Y.B. Dato' Seri Idris bin Jusohpengetua-pengetua MRSM seluruh Malaysia, dan tetamu-tetamu VIP yang lain.

MRSM Ulul Albab Kepala Batas, Pulau Pinang telah menerima kemasukan seramai kira-kira 180 orang pelajar untuk mengikuti Program Ulul Albab ini. Manakala seramai 18 orang guru telah ditempatkan bersama bagi menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur