Sabtu, 12 Mac 2011

Multaqa Ulul Albab : Laporan

Alhamdulillah seribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas izinNya jua Multaqa Ulul Albab siri 1/2011 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hampir kesemua ibu bapa pelajar telah hadir dalam multaqa kali pertama ini. Bilangan kerusi yang telah diperuntukkan adalah sebanyak 540 khas untuk ibu bapa. Daripada jumlah itu, hanya sekitar 20 kerusi sahaja tidak dipenuhi. Ini menunjukkan betapa kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan keinginan mereka untuk melahirkan anak yang hafiz al-Quran.

Multaqa ini juga telah menerima kunjungan YDP Muafakat. Pertemuan dua hala ini dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ibu bapa pelajar tingkatan 1 dengan guru-guru tasmi' mereka. Di mana ibu bapa dapat memahami tentang peranan mendidik yang dipikul bersama antara guru dan ibu bapa. Di samping itu, ibu bapa juga telah menyampaikan buah fikiran masing-masing yang cukup bernas dan berguna. Insya-Allah, segala komen, cadangan dan pertanyaan akan dibincangkan dan dilaksanakan dengan sepenuh perhatian kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Moga usaha dan kesungguhan yang telah sama-sama kita tunjukkan ini dinilai dan diterima di sisi Allah sebagai satu ibadah. Moga Allah S.W.T redha akan kita semua. Wallahua'lam.

Pertama kali dalam sejarah MRSM Kepala Batas (Ulul Albab) !!

11 Mac 2011 - MRSM Kepala Batas telah mencatatkan sejarah buat pertama kalinya apabila telah berjaya melaksanakan Ujian Syafawi dan Ujian Tahriri. Dua ujian ini telah dijalankan semasa Ujian Selaras Semester 1 sedang berlangsung. Kedua-dua ujian ini dijalankan secara berasingan, di mana Ujian Syafawi dilaksanakan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) pada 9 Mac lalu jam 7.30 pagi. Manakala Ujian Tahriri pula dilaksanakan di kelas tasmi' masing-masing pada keesokan harinya jam 8.30 malam.


Penyelaras bahagian Quranik untuk program ini telah berkata : "Dua ujian ini dijalankan bagi menilai pencapaian dan prestasi pelajar dalam hafazan mereka." Tambah beliau lagi, hasil daripada ujian ini juga bakal menjadi kayu ukur terhadap kualiti hafazan pelajar dan sejauh mana kemampuan mereka dalam mengikuti program ini. "Apa yang kita harapkan, anak-anak ini bakal menjadi huffaz yang berjaya dalam lapangan hidup masing-masing." ujar beliau. 


Keputusan daripada dua ujian ini akan diumumkan setelah proses penilaian selesai dijalankan.

Selasa, 8 Mac 2011

Multaqa Ulul Albab : Tentatif

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera,

Multaqa Ulul Albab yang bakal dilaksanakan pada Jumaat ini bersamaan 11 Feb 2011 merupakan satu pertemuan untuk mengikat jalinan dan hubungan yang erat di antara guru-guru dan ibu bapa para pelajar.

Untuk makluman para jemputan ke program Multaqa Ulul Albab ini, di sini dilampirkan tentatif perjalanan bagi program tersebut :


8.30 pagi : Pendaftaran


9.00 pagi : Pembukaan dan kata-kata aluan pengerusi majlis
                    Bacaan Doa'
                    Bacaan al-Quran


9.15 pagi : Ucapan Penyelaras Ulul Albab
                    Ucapan Pengetua MRSM Kepala Batas (Ulul Albab)
                    Ucapan YDP Muafakat,
                                IR. Hj. Khusairi b. Wahijan


10.00 pagi : Sesi soal jawab


11.00 pagi : Sesi bersama guru tasmi'


12.00 tgh hari : Bersurai




*Sebarang pindaan akan dimaklumkan pada hari tersebut.

Laporan Hafazan : Februari 2011

LAPORAN HAFAZAN AL-QURAN TINGKATAN SATU
BULAN FEBRUARI 2011

TAHAP HAFAZAN AL-QURAN

Tahap Pelajar
A

B

C

Jum.Keseluruhan

Jumlah Pelajar

112
33
31

176



Tahap A          : Para pelajar yang menghafaz purata 6 hingga 7 mukasurat atau lebih seminggu. Mukasurat 22 hingga 28 dan ke atas bagi  setiap pelajar
Tahap B           : Para pelajar yang menghafaz purata 5 hingga 6 mukasurat seminggu. Mukasurat 18 hingga 21 bagi setiap pelajar
Tahap C           : Para pelajar yang menghafaz purata 1 hingga 4 mukasurat seminggu. Mukasurat 17 dan ke bawah bagi setiap pelajar.

















Jumaat, 4 Mac 2011

Laporan Program Menunggang Kuda dan Lawatan Ke Lembah Bujang

Bismillah walhamdulillah wahdah,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan limpahan inayahNya kedua-dua program ini telah berjaya dilaksanakan.

Aktiviti Menunggang Kuda yang merupakan anjuran Unit Quranik sebagai hadiah insentif kepada pelajar-pelajar Ting. 1 yang telah berjaya menghafal mengikut target yang telah ditetapkan. Program ini telah berlangsung di Andalusia, Pokok Sena (berdekatan dengan SMKA Al-Irsyad) pada Ahad yang lalu bersamaan 27 Feb 2011. Hasil daripada program ini diharapkan dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dalam menghafal dan berdaya saing sesama sahabat mereka.

Manakala Lawatan Homeroom Ke Lembah Bujang pula adalah lawatan sambil belajar dan mengenal tentang sejarah. Sedia maklum bahawa Kedah pernah menjadi satu pelabuhan yang terkemuka suatu ketika dahulu. Diharapkan jua daripada program ini agar para pelajar dapat menambahkan pengetahuan am mereka di samping dapat merehatkan minda dengan diisi aktiviti berfaedah.

Sedikit daripada koleksi gambar-gambar yang dapat dirakamkan boleh dilihat melalui link ini :-

Menunggang Kuda
Lawatan Homeroom Ke Lembah Bujang

Rabu, 2 Mac 2011

Jemputan Ke Majlis Multaqa' Ulul Albab

Assalamualaikum wbth.

Kepada semua ibubapa pelajar-pelajar Tingkatan 1.

Adalah dengan ini, tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menghadiri satu majlis iaitu Majlis Multaqa' Ulul Albab. Butiran majlis itu seperti berikut :

Tarikh     : 11 Mac 2011 (Jumaat)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Dewan Perdana, MRSM Kepala Batas (Ulul Albab)

Surat jemputan rasmi telah dihantar ke alamat tuan-tuan dan puan-puan. Disertakan bersama dalam surat tersebut tentatif majlis.

Adalah diharapkan dengan pertemuan pertama ini bakal membuahkan hasil yang positif dan melancarkan lagi gerak kerja kita dalam usaha melahirkan anak-anak yang menyambung tali perjuangan Baginda S.A.W.

Harap maklum, terima kasih.

Selasa, 1 Mac 2011

Terima Kasih Cikgu !


Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada insan bernama Johari b. Md Salim.

Beliau adalah salah seorang daripada Kaunselor di maktab ini.

Beliau telah sudi membantu guru tasmi' mentasmi' pelajar ketika mana guru tasmi' sibuk dengan urusan lain.

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur