Sabtu, 9 April 2011

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

9 April - Maktab Rendah Sains MARA telah menganjurkan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik untuk kali ke 3. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar MRSM Kepala Batas yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu. Anugerah juga diberi kepada pelajar terbaik bagi setiap subjek, homeroom, pencapaian tahunan, dan lain-lain.

Pengetua MRSM Kepala Batas dalam ucapan pembukanya melafazkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga di atas pencapaian pelajar-pelajar yang semakin meningkat dalam keputusan PMR dan SPM tahun ini. Sejajar dengan moto MRSM Kepala Batas "Kecemerlangan Berganda" ini, beliau juga melaporkan penglibatan para pelajar yang begitu aktif bukan sahaja dalam bidang akademik, malah juga dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan modal insan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Tingkatan 1 (Ulul Albab). Kumpulan nasyid pelajar ini telah dilatih oleh Ustaz Nik Mohd Na'im, iaitu guru tasmi' mereka sendiri. Di kesempatan itu juga, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh 2 orang guru tasmi' iaitu Ustaz Nik Mohd Na'im dan Ustaz Mohd Syahir.

Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini telah dirasmikan oleh Pengarah Penganjuran MARA, Yang Berbahagia En. Azmi bin Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur