Jumaat, 5 Ogos 2011

PROGRAM INTERVENSI PELAJAR LEMAH

Assalamu'alaikum buat semua pengunjung blog ini..


Unit Intervensi MRSM Ulul Albab Kepala Batas insya Allah akan mengadakan Program Intervensi di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Bukit Mertajam bagi para pelajar yang lemah sepanjang hujung minggu pada bulan Ramadhan.


Berikut adalah maklumat mengenai program ini:


* Hari : Setiap hari Sabtu dan Ahad (setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan)


* Tempat : Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Bukit Mertajam


* Peserta program : 36 orang pelajar yang masih menghafaz juzuk 3 dan 4 setakat Jun 2011, terdiri daripada 22 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan.
 * Cara pelaksanaan : Pada hari Sabtu, pelajar-pelajar yang terlibat akan dihantar ke Maahad Tahfiz Darul Iman selepas kelas persediaan atau kelas bahasa asing, dan pulang ke maktab pada sebelah petang. Manakala pada hari Ahad, pelajar-pelajar akan dihantar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang.


* Senarai nama peserta :


Nor Amila Bt Marzuki
Muhammad Hanif B Md Shahiran
Wan Nur Aiman Bt Wan Hassan
Akmal Fikri B Rosli
Abdul Raof Bin Wahid Putera
Afiq Asyraf Bin Daud
Mustaqim Bin Othman
Nur Syafika Bt Johan
Muhammad Ikhmal B Yahya
Muhammad Aiman Marzuqi Mohd Yani
Muhammad Haris B Azizan
Aqil Huzail B Jalalus Sayuti
Muhammad Syahmi B Mohamad Zaki
Mohd Khairil Afnan B Nasran
Muhammad Afif B Azhar
Wan Ahmad Hasni B Wan Zulkifali
Yusuf Izhar B. Mohd Fuad
Nur Admirah Bt Shamsul Bahari
Mohammad Hanis B Mohd Tarmidzi
Muhammad Muaz B Abdul Razak
Muhammad Ammar Farhan Dzulkifli
Iffah Khairina Bt Basri Halimuddin
Nur Amanina Bt Azizan
Nur 'Adila Huda Bt Mohd Razali
Nur Iman Hidanah Bt Ismail
Nurul Izzati Bt Anuar
Huurun 'Ain Nabihah Bt Hashim
Nurul Syazwani Bt Mazelan
Muhammad Yusri Bin Aliyashak
Rusyda Bt Sahrul Mizan
Muhammad Harith Bin Mohamad Zin
Mohd Zahid B Zilakhli
Nina Amirah Bt Yusoff
Nur Hafizah Binti Hassan
Amirul Khair Bin Ruslan
Muhammad Ajmal Amzar B Fauzi

* Jadual perjalanan program:



Tarikh
7.30 am - 12.00 pm
12.00 pm - 5.30 pm
6 Ogos 2011
(Sabtu)
Us. Salman
Us. Fariz
7 Ogos 2011
(Ahad)
Us. Hanan
Us. Afif
13 Ogos 2011
(Sabtu)
Kelas Bahasa Asing
Us. Khadafi
14 Ogos 2011
(Ahad)
Us. Nik Na’im
Us. Syahir
20 Ogos 2011
(Sabtu)
Ustzh. Nuur Sa’adah
Ustzh. Nurul Izzah
21 Ogos 2011
(Ahad)
Ustzh. Siti Fatimah
Us. Najaha



Diharapkan agar berita ini berada dalam makluman semua pihak, khususnya bagi pihak ibu bapa. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar dan mendidik mereka agar terus memajukan diri dalam program hafazan ini. Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan. Sekian, terima kasih.


Wassalam :)

Khamis, 4 Ogos 2011

Laporan hafazan bulan Januari hingga Jun 2011

Assalamu'alaikum..


Berikut adalah laporan hafazan bulan Januari hingga Jun 2011 bagi para pelajar Ulul Albab MRSM Kepala Batas.


[sila klik gambar untuk paparan lebih jelas]


Terdapat perubahan dan turun naik bilangan pelajar bagi setiap kumpulan (A,B dan C) mengikut bulan. Pada semester 1, majoriti para pelajar mendapat keputusan yang baik dalam rekod hafazan kerana mereka dapat lebih fokus terhadap pelajaran kerana pada semester 1 mereka hanya mengikuti program KAT 1 (Kemahiran Asas Tingkatan 1) dan belum mempelajari subjek-subjek akademik. Namun, pada permulaan semester 2, kelihatan ada turun naik pada graf bilangan pelajar kumpulan A dan B kerana mereka baru memulakan pembelajaran subjek-subjek akademik (9 subjek) dan perlu mengimbangi masa untuk hafazan dan subjek-subjek akademik. Situasi ini berlaku selama 2 bulan sahaja dan Alhamdulillah, majoriti para pelajar Ulul Albab kembali mempamerkan persembahan hafazan mereka pada tahap yang baik untuk bulan-bulan seterusnya.


Bagi para pelajar yang lemah (kumpulan C), mereka sentiasa diambil perhatian oleh guru-guru tasmi' dan juga Unit Intervensi bagi mengenal pasti masalah mereka seterusnya membantu dan membimbing mereka dalam hafazan.


Diharapkan agar semua pihak (para guru, ibu bapa dan masyrakat am) dapat memberikan sokongan, dorongan dan tunjuk ajar kepada para pelajar Ulul Albab agar sentiasa bersemangat dan tidak alpa dalam meniti kehidupan mereka sebagai bakal Al-Hafiz dan Al-Hafizah. Amin..


Sekian daripada kami buat kali ini.


Wassalam :)

Selasa, 2 Ogos 2011

Kursus Pemantapan Guru-guru Al-Quran

Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung blog Ulul Albab Kepala Batas..semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Amin :)


Pada 25 hingga 28 Julai yang lalu, seramai 10 orang guru-guru Pendidikan Islam/Tahfiz telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pemantapan Guru-guru Al-Quran yang bertempat di Hydro Hotel, Batu Ferringhi. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Latihan Kemahiran MARA. Kursus ini dikendalikan oleh MANTOP Consultant, yang dianggotai oleh Ustaz Zamri (program Mari Mengaji TV9) dan Ustaz Radhi bin Kamarul Hailan (Salah seorang juri Akademi Al-Quran TV9).


Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru Al-Quran kepada ilmu-ilmu baru yang boleh dimantapkan dalam pembacaan dan pengajaran Al-Quran, seterusnya diaplikasikan di dalam P&P (Pengajaran & Pembelajaran) di dalam kelas. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk mempelajari ilmu Tarannum, Tajwid,  dan Qiraat. Ilmu-ilmu ini insya Allah akan kami gunakan dan aplikasikan dalam mengajar dan mendidik warga Ulul Albab di MRSM Kepala Batas ini.


Pada hari pertama, kami didedahkan kepada persoalan tentang Peranan Guru-guru Pendidikan Islam oleh Ustaz Rosli bin Osman, Pegawai Dakwah dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Beliau telah mengupas persoalan ini dengan baik sekali dan dapat membuka mata semua guru agar terus teguh dalam mendidik anak bangsa agar terus tetap dan istiqomah dalam menegakkan kalam Allah.


Pada hari kedua pula, kami didedahkan kepada ilmu Tarannum oleh Ustaz Radhi bin Kamarul Hailan, salah seorang juri rancangan AKADEMI AL-QURAN TV9. Beliau telah memperdengarkan bacaan beliau dengan penuh baik dan mantap serta memukau para peserta. Para peserta juga diberi peluang untuk sama-sama bertarannum bersama beliau dan dibimbing jika terdapat sebarang bacaan pada bacaan. Antara jenis-jenis tarannum yang dipelajari ialah Bayati, Nahwand, Jiharkah, Kurdi, Hijaz dan lain-lain.


Pada sebelah petang dan malam pula ialah slot bersama Ustaz Zamri. Beliau telah menekankan ilmu tajwid kepada semua peserta kerana tanpa ilmu tajwid, bacaan seseorang akan menjadi salah, teruatamanya dari segi sebutan huruf dan makhraj. Beliau juga berkongsi tentang pengendalian P&P di dalam kelas, khususnya mengaitkan subjek yang diajar dengan ilmu-ilmu Al-Quran.


Slot pada hari terakhir ialah bersama Ustaz Mohd Nazri bin Abdullah, juga merupakan salah seorang juri di dalam AKADEMI AL-QURAN TV9. Beliau telah mendedahkan ilmu Qiraat kepada semua peserta, khususnya bagi mereka yang belum pernah mengetahui tentang ilmu ini. Para peserta juga diberi peluang untuk mencuba bacaan qiraat sambil dibimbing oleh beliau. Kursus berakhir pada jam 1.00 petang.


Begitulah sedikit sebanyak pengalaman kami, guru-guru Al-Quran dari MRSM Kepala Batas yag mengikuti kursus ini. Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana kami mendapat peluang yang hebat untuk bersama insan-insan yang hebat yang sudi berkongsi ilmu dan pandangan bersama kami. Semoga kursus yang mantap seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang, insya Allah. Apa yang kami dapati daripada kursus ini akan kami kongsikan bersama para pelajar seterusnya diaplikasikan di dalam P&P.


- Ustaz Radhi bin Kamarul Hailan -
.
- ustaz Zamri bersama set induksi beliau -





Sekian untuk kali ini.
Wassalam :)

Video semasa

Jadual Harian Kami

4.30 a.m : Bangun pagi

5.15 a.m : Tahdhiri di Surau MRSMKB / qiamullail

6.15 a.m : Solat Subuh/ Tadarus Jamaie’/ tazkirah

6.45 a.m : Sarapan pagi

7.15 a.m : Morning Call di dataran MRSMKB

7.30 a.m : Tasmi’ + Murajaah Saba’

8.50 a.m : Kelas akademik

12.30 p.m : Qailullah di Surau MRSMKB

1.45 p.m : Solat Zohor / makan tengahari

2.30 p.m : Murajaah Saba’

3.15 p.m : Sambungan kelas akademik

4.30 p.m : Solat Asar / minum petang / riadah

6.30 p.m : Makan Malam

7.15 p.m : Solat Magrib / Tadarus Jamaie’ / Tahdhiri

9.00 p.m : Solat Isyak

9.15 p.m : Kelas persediaan malam

10.30 p.m : Minum malam

11.00 p.m : Surah al-Mulk / tidur